SELAMAT DATANG KE BLOG KETERAMPILAN MEMBACA KAMI

Wednesday, 17 April 2013

Teori-teori Membaca


TEORI MEMBACA

Teori Proses Membaca
Terdapat  pelbagai teori yang telah ditemui sekitar awal abad ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan membaca dan proses untuk menguasai maklumat.

Teori Ahli Sains Kognitif
Teori ini adalah berkaitan minda dan kecerdikan manusia. Kajian ini juga merangkumi bidang falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains saraf (neuroscience), linguistic dan antropologi. Semua bidang ini digabungkan bagi memahami bagaimana manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.

Beberapa model boleh digunakan bagi pengajaran membaca di sekolah menengah
Model tersebut telah digunakan dalam pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan pengajaran membaca dalam kalangan murid sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak. Model ini juga boleh dicuba bagi pengajaran membaca dalam bahasa Melayu, antaranya ialah Model Bawah ke Atas (Bottom-Up Model), Model Atas ke Bawah (Top-Down Model), Model Interaktif dan Model Transaksional.

Model Bawah ke Atas (Bottom-Up)
Proses membaca bergerak secafa linear, dimulai dengan memproses huruf, sukukata, perkataan, frasa, klausa, dan ayat secara berurutan bagi mendapakan makna teks. Model ini sangat berguna untuk bacaan peringkat awal. Model bacaan Bottom-up atau bawah ke atas adalah model di mana pembaca menguasai pembacaan dimulai dengan membaca huruf.  Kemudiannya membaca perkataan, diikuti dengan membaca ayat,  membaca perenggan dan membaca teks penuh sehingga pada akhir pembacaan mencapai pemahaman terhadap teks yang dibaca

Model dari Atas ke Bawah (Top Down)
Memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca. Menggunakan makna dan isyarat tatabahasa bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali. Fokus dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf dan keseluruhan bahan. Perkara penting adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh daripada pembacaan.
Model Top-down atau atas ke bawah pula merujuk kepada teknik atau kaedah bacaan yang dihasilkan bersandarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pembaca sambil mengetahui tujuan ia membaca dan pada akhirnya,  pembaca mencapai kefahaman terhadap bahan.

Model Interaktif
Dalam model interaktif,  pemberatan antara input dengan produk diberikan tumpuan yang sama berat.  Input ialah usaha yang dijalankan sebelum pembacaan.  Hasil atau produk yang diperoleh selepas bacaan atau pasca bacaan adalah hasil daripada usaha yang dijalankan sebelum bacaan tersebut.  Menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai output.  Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif.  Model atas ke bawah dan bawah ke atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak bergantung pada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks.

Model Transactional
Proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu,  pada masa atau konteks tertentu,  dengan teks tertentu.  Ia adalah suatu transaksi antara pengarang,  pembaca,  dan teks.  Pembaca membawa perasaan,  sikap,  jangkaan,  dan tujuan untuk setiap teks,  dan ini membawa makna atau penimbulan. Pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang diperoleh mereka daripada teks.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...